Posts

PROGRAM UJIAN KEMBARA PENGAKAP, PENGAKAP DAERAH JEMPOL

Image
Sekali Berpengakap,  Selamanya Berpengakap!!       Pek, pek,  pekkkk.  Pekkk.  Akela!!  Kami Buat Habis Baik!!. Itulah antara laungan keramat yang akan dilontarkan oleh setiap budak Pengakap Kanak-Kanak sebelum membuat aktiviti.  Laung Agung adalah satu aktiviti permulaan sebelum aktiviti lain diadakan agar segala maklumat sepanjang hari tersebut dapat dijalankan dengan baik.        Pada 31 Mac 2017, seramai 150 orang budak-budak Pengakap Daerah Jempol yang terdiri dari Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda telah menjalani satu aktiviti Pengakap iaitu Program Ujian Kembara Pengakap, Pengakap Daerah Jempol.  Budak-budak Pengakap dari Kumpulan Ke-56, Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F)  seramai 4 orang telah menjalani aktiviti tersebut.  Pelaksanaan aktiviti ini adalah satu skim lencana yang perlu diselesaikan oleh setiap budak Pengakap. Berikut senarai nama budak-budak Pengakap Sekolah Kebangsaan Palo...

KARNIVAL SEGAK TAHUN 2017

Image
Kami Sihat bersama- sama!         Segak merupakan salah satu kurikulum yang perlu dilaksanakan di sekolah.  SEGAK atau   PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN wajib dilaksakan di sekolah. Di peringkat sekolah rendah,  ia akan melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelaksanaan penilaian ini adalah 2 kali iaitu pada bulan Mac dan Ogos.        Sehubungan dengan itu,  Sekolah Kebangsaan Palong 12  ( F)  telah mengadakan satu program yanhg melibatkan SEGAK yang dinamai sebagai KARNIV SEGAK. Karnival tersebut telah diadakan pada 27 Mac 2017 bertempat di Dewan Al Khuarizmi. Pelaksaan program ini adalah perkongsian idea antara sekolah dan  pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu yang menyarakan penilaian SEGAK ini dibuat secara karnival yang boleh dijadikan salah satu acara tahunan sekolah.          Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bersama-...

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS DAERAH JEMPOL TAHUN 2017

Image
Kami sihat dan kuat!!     Kejohanan balapan dan sukan merupakan salah satu sukan yang di tunggu-tunggu oleh semua murid dan guru.  Pada 15 - 17 Mac 2017, seramai 14 orang murid Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F)  telah menyertai kejohanan tersebut.     Berikut senarai nama murid yang menyertai kejohanan tersebut: PESERTA LELAKI 1. Muhammad Amzar bin Mohd.  Zamri 2. Muhammad Zamil bin Abdul Rahim 3. Muhammad Zakwan bin Hanafi 4. Muhammad Danial bin Noor Affandi 5. Sahrizam bin Saharudin 6. Khairul Nazmi bin Md.  Sulaiman 7. Muhammad Alif Haiqal bin Muhammad Faizal 8. Muhammad Aiman Hafiz bin Hamdan 9. Muhammad Danial Irfan bin Noril PESERTA PEREMPUAN 1. Siti Hawa binti Mohamad Asmawi 2. Nur Alia Nadhirah binti Selamat 3. Nur Amalinan Afiqah binti Aidel Azhar 4. Damia A/ K Nordin 5. Nur Syafiqah binti Mohd Rasip BARISAN JURULATIH DAN GURU PENGIRING 1. En.  Mohd. Zamri bin Yusof 2. En. Mohd Zahari bin Ahmad 3. En. ...

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MALAYSIA PERINGKAT DAERAH

Image
Kami sahut cabaran!    Pada 29 Mac 2017 , seorang murid bernama Syahira Alya binti HairulNizam telah mewakili sekolah di dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Peringkat Daerah Jempol.  Pertandingan tersebut telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting.  Cikgu Nor'Asikin dan Cikgu Mohd Fazlili telah bersama - sama melatih beliau untuk mewakili pertandingan ini.  Tahniah kepada semua warga SK PALONG  12. !!

KELAS ABAD KE 21 SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 ( F )

Image
Menjadi satu hasrat dan tanggunjawab pada masa sekarang di dalam arus pendidikan Malaysia untuk menerapkan suasana bilik darjah ke arah Pembelajaran Abad Ke-21. Sehubungan dengan itu, pihak Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F ) dengan kerjasama semua guru telah bersama-sama menjaakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ini. Pelbagai cara dan kaedah serta kreativiti ditunjukkan di dalam membentuk suasana bilik darjah Abad ke-21. KELAS TAHUN 1  KELAS TAHUN 2

KENALI KAMI

Image
                   Pada tahun 1978, sebuah sekolah telah dibina di sebuah kawasan penempatan Felda.  Sekolah ini telah diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 ( F) . Sekolah ini terletak 50km dr Bahau dan 90km dari Seremban.  Komposisi penduduk di sini adalah Peneroka yang bernaung di salah sebuah Badan Berkanun  Kerajaan Persekutuan iaitu FELDA.       Sekolah ini telah memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara rasminya pada 1978 dengan kekuatan guru 15 orang dan 256 orang murid pada masa itu.  Murid-murid ini adalah generasi pertama peneroka yang menetap di Palong 12 ini.