PROGRAM UJIAN KEMBARA PENGAKAP, PENGAKAP DAERAH JEMPOL

Sekali Berpengakap,  Selamanya Berpengakap!!

      Pek, pek,  pekkkk.  Pekkk.  Akela!!  Kami Buat Habis Baik!!. Itulah antara laungan keramat yang akan dilontarkan oleh setiap budak Pengakap Kanak-Kanak sebelum membuat aktiviti.  Laung Agung adalah satu aktiviti permulaan sebelum aktiviti lain diadakan agar segala maklumat sepanjang hari tersebut dapat dijalankan dengan baik. 

      Pada 31 Mac 2017, seramai 150 orang budak-budak Pengakap Daerah Jempol yang terdiri dari Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda telah menjalani satu aktiviti Pengakap iaitu Program Ujian Kembara Pengakap, Pengakap Daerah Jempol.  Budak-budak Pengakap dari Kumpulan Ke-56, Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F)  seramai 4 orang telah menjalani aktiviti tersebut.  Pelaksanaan aktiviti ini adalah satu skim lencana yang perlu diselesaikan oleh setiap budak Pengakap. Berikut senarai nama budak-budak Pengakap Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F)  yang telah menjalani program tersebut:
1. Muhammad Aliff Haiqal bin Mohd Faizal
2. Muhammad Aiman Hafiz bin Hamdan. 
3. Syahira Alya binti NurulHaizam.
4. Nur Damia binti Nazarudin. 

      Di dalam aktiviti tersebut,  budak-budak Pengakap  telah menjalani beberapa aktiviti tersebut:
1. Mengembara bersama sekawan dan patrol sejauh 8 km yang melibatkan kawasan sekitar Felda Raja Alias dan Bandar Baru Serting. 
2. Menyelesaikan tugasan yang diberikan sepanjang pengembaraan. Antara tugasan yang perlu diselesaikan ialah:
2.1 Mendapatkan tandatangan Pengetua sekolah sekitar, 
2.2 Nama Pemimpin sekolah sekitar,
2.3 Nama dan bilangan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol, 
2.4 Khidmat Masyarakat
2.5 Aktiviti Memadam Api dan Menyelamat bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol. 

     Program ujian ini berlangsung sempena  dengan Pesta Buku Daerah Jempol Jelebu yang berlangsung pada 30 Mac - 2 April.  Program ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan pemimpin Pengakap,  ibu bapa dan masyarakat sekeliling.  Semoga budak-budak Pengakap Daerah Jempol terus bersemangat di dalam pergerakan Pengakap dan seterusnya cemerlang di dalam setiap bidang yang mereka ceburi.  Tahniah diucapkan kepada 4 orang budak Pengakap Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F)  yang telah dapat menyelesaikan dan menjayakan program ini. 

TAHNIAH BUDAK - BUDAK PENGAKAP KUMPULAN KE-56 DAERAH JEMPOL, GURU - GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 ( F)  & SEMUA PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH JEMPOL!! 

TEPUKKK, TEPUKKKK PENGAKAP!! 




4 orang budak Pengakap dari SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 ( F) mengikuti Program Ujian Kembara Pengakap 2017

Mendapatkan nama dan tandatangan Pengetua dan Pemimpin SMK SERI JEMPOL. 

Menyiapkan tugasan




Aktiviti di Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Seri Jempol








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KARNIVAL SEGAK TAHUN 2017

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MALAYSIA PERINGKAT DAERAH