KARNIVAL SEGAK TAHUN 2017
Kami Sihat bersama- sama!
Segak merupakan salah satu kurikulum yang perlu dilaksanakan di sekolah. SEGAK atau PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAANwajib dilaksakan di sekolah. Di peringkat sekolah rendah, ia akan melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelaksanaan penilaian ini adalah 2 kali iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F) telah mengadakan satu program yanhg melibatkan SEGAK yang dinamai sebagai KARNIV SEGAK. Karnival tersebut telah diadakan pada 27 Mac 2017 bertempat di Dewan Al Khuarizmi. Pelaksaan program ini adalah perkongsian idea antara sekolah dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu yang menyarakan penilaian SEGAK ini dibuat secara karnival yang boleh dijadikan salah satu acara tahunan sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bersama- sama menjayakan KARNIV SEGAK ini. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM BERAJA, FELDA PALONG 11 dan GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 9 ( F) yang telah turut sama membantu bagi meminjamkan alatan penilaian SEGAK. jasamu dihargai semuanya.
TAHNIAH SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12!!!





Comments
Post a Comment